| Rindu Firdausi |

Ketenangan ada di sini Tak jumpa karena kau tak mencari Kebahgiaan tersirat dihati Tak rasa kerana kau tak menghayati

welcome.

assalamualaikum.

to MARYAM HANNAH MUHAMMAD GHAZALI
(new born)
on 10 Safar 1421H/26 January 2010
WELCOME to the family!
maksu is looking forward to 'cubit-cubit' your cute cheek.
walala.


*currently searching for ticket-booking*
*sorry no pic available*

gambar.


assalamualaikum.

tadi saya 'loafing' around dalam facebook sebentar. sengaja ingin 'membersih' dan 'mengemaskini' friends and inbox. Alhamdulillah, saya 'terjumpa' dan kemudian 'terbaca' balik one of the messages sent by my sahabat last year. It's kinda important article to be shared with, I guess. Thanx a lot to him, for giving me a reminder, when I'm doing wrong and forgotten. Well, that the use of sahabat, isn't it? May He would grant him His bless and thabat in this journey.

Let's read what he sent to me!

Apabila terbaca entri ini,
saya teringtkn anda,
apabila anda baca ini semua,
jangnlah anggap satu provokasi yang sengaja,
anggaplah ini satu pemberian yang ikhlas lagi berguna,
harap dibaca hingge titik noktah.

saya mmg yakin anda boleh.

Muslimah dan gambar.. Friday, Dec 28 2007
Artikel/Cerpen and Peringatan..
- dipetik dari blog wewr iaitu
~Khabar
Dari Urdun~
dalam entri bertajuk
Muslimah & Gambar -

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog
rakan, menjelajah ke dalam dunia maya
bagi manusia yang memayakan diri mereka,
saya merasa hairan melihat sesetengah
weblog muslimah, yang bertudung, yang
menutup aurat, tidak segan silu pula
untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian,
namun, sayangnya, anda terlupa bahawa
gambar yang anda posting itu adalah
gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap
butir jerawat dan bulu halus di muka
anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian.
Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu.
Yang enggan melihat wajah-wajah anda
itu, dipaparkan sewenang-wenangnya
kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat
mengikut sesetengah mazhab, namun
tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia
melayakkan ianya ditutup dari pandangan
umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju.
Satu hari, satu weblog, mungkin
berjuta-juta orang yang melihatnya
setiap hari. Di kalangan mereka ada yang
bagus, yang menundukkan pandangan
selaras firman Allah dalam Surah An-Nur

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam
pengetahuannya tentang apa Yang mereka
kerjakan.”

Namun, kita harus akui,
bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada
yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main
maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera
yang perlu dicuci gambarnya. Kini,
telefon juga menjadi kamera. Kamera pula
lebih dahsyat, lebih instant, sesegera
mee segera yang sama kerosakan yang
dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah
anda yang terpamer itu, mengundang
gejolak rasa di jiwa insan bernama
lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula
memburu anda dengan SMS, telefon, hatta
mungkin mendekati anda, dengan tujuan
memiliki anda….Hanya kerana satu
kesilapan yang mungkin anda tidak
terniat, wajah anda terpampang besar di
internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun
mungkin juga ia fantasi. Kadangkala
tertipu juga lelaki pada fantasi
Photoshop, Fireworks dan seribu satu
pengedit gambar lagi. Kalau itu memang
tujuan anda, anda tanggung sendirilah.
Tapi kalau niat anda cuma berkongsi,
dengan tanpa sedar mengajak fitnah
bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu
menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri
anda, andalah yang harus menjaganya. Apa
tujuan anda bertudung dan menutup aurat?
Bukankah kehendak syariat dan ingin
menutup pandangan orang kepadamu? Maka,
soalan saya, menundukkan pandangan bukan
kehendak syariatkah? Memaparkan wajah
anda besar-besar menutup pandangan orang
terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu
milik anda, seharusnyalah anda kecilkan
wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz
gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan
menggunakan perisian pengedit gambar.
Belajarlah daripada yang tahu.
Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing
yang hanya akan menambahkan lagi
kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya
niat anda hanya ingin berkongsi dengan
rakan muslimah anda, lakukanlah secara
tertutup. Elakkan posting yang boleh
dilihat oleh segala macam jenis orang.
Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel
bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat
berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

Baiklah, pandangan saya mengenainya, saya personally setuju dengan apa yang diperkatakan dalam artikel di atas.walaubagaimanapun, saya merasakan tidak salah untuk pos gambar gambar kita, bukan bertujuan untuk 'mencapub', tetapi untuk berkongsi aktiviti tarbawi dan islami yang telah kita lakukan.walaubagaimanapun, lebih elok kiranya gambar gambar kita bersama teman di kongsi secara private [ dalam facebook kita boleh choose siapa yang boleh view picture kita kan?]

selain itu juga, saya merasakan boleh kiranya kita pos gambar bersama teman, selagi mana gambar tersebut tidak mendatangkan fitnah dan menaikkan syahwah contohnya gambar sedah beraktiviti atau gambar beramai ramai. tetapi persoalannya, bolehkan si lelaki menjaga hati mereka, walaupun pada pandangan kita kaum hawa, gambar tersebut tidak bermakna apa apa/tidak mungkin boleh menaikkan syahwah atau mendatangkan fitnah. perlu diingat, lelaki, fitrahnya kepada wanita. dan wanita, fitrahnya kepada harta dan kecantikan.

kesimpulannya, pilihan di tangan anda.tepuk dada, tanyalah iman!

mohon maaf atas segala khilaf, saya hanya seorang hamba, yang ingin kita melangkah ke syurgaNya bersama sama. Once again, I'm thank full of being reminded. by him [or anyone else]. May Allah grant and ease him in his future life. Ameen.

last but not least, I am Sarah, reminding you and just in case we forgot

wassalamualaikum.


kembara.

assalamualaikum.

Alhamdulillah.selesai sudah satu kembara ibadah panjang yang dipenuhi perlbagai ujian.Alhamdulillah.

Saya bersyukur kerana Allah masih lagi memberi saya peluang untuk memberi, sekaligus juga menerima. Post kali ini, saya hendak berkongsi dengan kalian sedikit catatan perjalanan sepanjang cuti midsem kali ini.

Orite..saya berada di kelantan selama seminggu lebih kurang. dari 090110-150110.memang satu tempoh yang agak lama.saya telah mengisi masa saya untuk bersama sama dengan adik adik pewaris kerja kerja DnT ini di Pengkalan Chepa, juga setelah berpindah kawasan kem di Melawi. Kerja menjadi Fasi bukanlah suatu tugas yang mudah. Dalam keadaan kami yang kekurangan fasi, memang seluruh tenaga di gunakan dari awal pagi hingga ke tengah malam.



terdapat lebih kurang 10 modul yang akan dijalankan. Dan kem ini adalah kem yang paling lama pernah dianjurkan oleh HALUAN. kem selama 47 hari kalau tak silap. Pengisian, games, keusahawanan, khidmat masyarakat dan pertandingan memang banyak la.toksah nak kata. Adik adik ni memang beruntung. Mereka disajikan penyampaian oleh pakcik dan makcik dari seluruh Malaysia. Penyampaiannya pula lengkap dari segenap aspek. Daripada Dakwah Kampus sehinggalah di ajar cara cara untuk mengurus program dan membuat kertas kerja.

Lupa pula nak inform.oleh sebab tempoh masa kem ini sangat lama,saya hanya menjadi fasi untuk satu minggu daripada enam ke tujuh minggu yang ada tah.kalau ikutkan hati, memang nak tolong dari minggu awal sampai minggu akhir, tapi saya sebagai student juga ada priority yang lain.tugas sebagai student tidak boleh diabaikan.cuti midsem juga tak lama.hanya dua minggu.jadinya, minggu pertama di kelantan, minggu kedua di perak dan selangor. buat pengetahuan kalian, cuti midesem kali ini saya tidak punya kesempatan untuk balik johor.(T_T).takpa.adalatu hikmahnya.perjuangan menuntut ilmu dan beramal perlukan pengorbanan..


Kawasan kem pula memang best. Sri Pantai Resort memang betul di tepi pantai. terletak di Melawi. Angin yang kuat, Ombak yang besar, betul betul merasa diri ini kerdil bila melihat kehebatan makhluk ciptaan Allah.hmm..

Time nak berpisah dengan adik adik ni, memang sedih.sedih sangat.yalah, belum puas memberi bakti, juga belum puas mendengar mutiara hikmah daripada pakcik makcik generasi awal. saya juga, tidak dapat menunaikan janji saya. apa ya janjinya? saya dah janji dengan adik adik ni untuk hafal nama mereka sebelum saya balik, tapi saya taka berjaya. rasanya baru tiga per empat nama mereka berjaya saya hafal. dan hanya dengan sesetengah daripada mereka sempat saya berbual mesra dan makan bersama. Allah, maafkanlah saya.

Tapi, tempoh masa seminggu membuatkan ukhwah kamiterjalin dengan erat.bayangkanlah, saya tidak pernah berjumpa dan bercakap pun dengan kakak kakak fasi yang berkerja sepenuh masa ini. hanya mengambil masa satu hari, kemudian kami boleh bekerja,makan, tidur bersama. tak lupa juga, siap peluk+cium+suap dengan penuh mahabbah sekali. kakak tersebut ialah kak hidayah nawawi, kak hanisah KUIS, kak wani-chan, dan juga kak aisyah.rindu sama kalian.

okeh.saya di Melawi samapi jumaat 15jan je. malam jumaat tu, saya dan Adilah bertolak ke perak pula.

ada Prgram Mahasiswa Rabbani di Pulara Resort,Taiping. program ni juga tak kurang bestnya. anjuran HALUANSiswa zon utara.dari 15-16jan. penyampaian berkesan dari akhi SOS, ustaz Fadhli, dan juga Pakcik Salleh, Pakcik Amran dll dengan tajuk yang sangt penting dan perlu dihadam.ada trekking, mandi sungai pun ada.

Kenangan yang saya tak boleh nak lupa ada dua.
SATU, semasa saya sedang bertugas berjaga malam (khatibah)around 1.15 pagi leibh kurang.kami seramai empat orang sedang mebuat halaqah kecil di dalam surau. tiba tiba kami dikejutkan oleh panggilan sahabat (lelaki) dalam nada gusar dan risau dari luar surau. " sahibbah (perempuan), sahibbah, ada ular, keluar sekarang.keluar! kami pun apa lagi, terus keluar dari surau.keadaan kecoh sebentar.saya yang memang eager nak tahu ni pun main intai intai la sat kat mana ularnya.Ya Allah, sangat dekat dengan tempat kami membuat halaqah.saya boleh nampak badan ular tersebut. Alhamdulillah. Allah nak selamatkan kami yang sedang leka berbincang. itu juga menunjukkan bahawa sahabat ini tidak leka dalam menjalankan tanggungjawab berjaga malam.Alhamdulillah.keadaan dapat dikawal, dan kami pun teruskan khatibah dengan berada di surau atau di hadapan 'hotel' kami..

DUA, penat ber trekking (yeke?), makan bbq dan juga khatibah, Allah izin kami tidak bangun berqiyamullail.ada juga yang berjaya bangun.tetapi bilik 'hotel' saya tidak ada satu pun yang berjaya bangun. Innalillah.Astaghfirullah..saya tersedar pada pukul 6 pagi lebih kurang. sahabat dan sahibbah, sama ja. tetapi yang membuatkan saya kagum, sahabat berjaya bangun awal sedikit daripada sahibbah.denda nya, kami semua kene baca ma'thurat di dalam sungai. Allah..terketar ketar badan bila kene rendam dalam sungai awal pagi lagi.hmm..kita ni, nak berjihad lawan air sungai yang sejuk pun tak kuat, ni kan pula nak jihad angkat senjata, nampak sangat diri ini perlu baaaaaanyak diperbaiki lagi..

makanan pun sedap sedap belaka.pandai pakcik pakcik ni masak.sarapan makan serawa cicah roti, makan mee goreng sedap, lauk kurma la, bbq dia pun sedap..tp yang paling sedap ialah penyampaian pakcik pakcik ni...masak pandai, bagi talk pun pandai..

habis saja program, pakcik salleh dan zauhjanya tlg hantar kami ke stesen bas kemunting.Adila balik bersama rombongan sahabt sahibbah perlis. saya, su dan dua orang lagi sahabt pulang sendirian ke selangor.bas saya pukul 4.30.su pukul 11 malam ke n9. lagi dua orang saya tak tahu pula.
saya sampai di pudu pukul 8.30. dan dijemput oleh abang ke subang.ALhamdulillah, dapat juga melepas rindu tengok ainin tersayang..

rasanye setakat ni dulu kut perkongsian saya.insya Allah, post yang berikuttnya saya cuba untuk psot gambar, dan nota nota penting dari pengisian yang sempat saya catatkan..insya Allah.

moga Allah redha saya dan kalian.
illalliqo'


sayangilah.

salam sejahtera.ku tulis kesah ini dengan linangan air mata.

minggu lepas.ainin dah pindah.dah tak duduk lagi dengan kami.sedih.sangat sedih.lepas ni ainin duduk kat kl.kena duduk kat taska.mama and papa dia kerja.boleh ke ainin duk kat taska?boleh ke ainin hidup kat kl tu?tak pernah ada orang lain jaga ainin slain wan dia, nanny dia, mama dia, papa dia, maksu dia and kamilah sng kata..kat taska nanti, ada ke orang nak sayang sayang ainin.ada ke orang nak peluk cium ainin.ade ke orang nak gomol gomol ainin.ade ke orang nak bawa ainin kluar naik stroller dia pagi2 and petang mcm maksu ngan wan slalu buat.ade ke orang nak kejar ainin suruh makan.ade ke orang nak layan ainin yang sangat manja and mengada ngada tu?ade ke orang nak mandi kan ainin lame.ade ke orang yang nak golek golek ngan ainin atas katil macam selalu?ade ke orang yg nak main cak ba ngan ainin lagi.sungguh.maksu risau sangat.tadi dapat tahu ainin demam.maksu tak pernah pun cubit ainin.. maksu selalu buli ainin.tapi buli buli pun penuh kasih sayang.lepas ni mesti susah nak jumpe ainin kan ninin?.kalau maksu balik jb pun belum tentu ainin ada kat jb.maksu yang tlg mama n papa n nanny and wan yang jaga ainin.maksu jg ainin dari ainin baby lagi.maksu yang cebok ainin.maksu yang suap ainin.maksu yang bwk ainin jalan2.maksu yg slalu buat ainin nangis.yang pasti.maksu sayang sangat kat tininin.maksu rindu sangat kat tininin.ainin dapat sepenuh kasih sayang daripada kami.dididik dgn penuh kesabaran.ainin selalu kacau nanny time nanny baca quran.ainin selalu duduk seblah nanny time nanny solat.lepas ni mesti nanny rindu kat ainin.mesti wan pun mesti sunyi bila ainin takda.kalau tak ainin la yang selalu kacau wan pagi2.masuk bilik wan pagi2.yelah.dah pandai jalan..kalau tak ainin la yang sepahkan rumah.ainin yang kotorkan lantai.ainin yan tu..ainin yang ni..tapi maksu tak pernah marak kan ninin?kini semuanya tinggal kenangan.ainin akan sepahkan rumah dia sendiri pulak lepas ni..lepas ni ainin takleh nanges kalu ada orang marah ainin..

RAbbi,
jadikanlah setiap insan yang melihatdan menjaga ainin merasa kasih padanya, sebagaimana kami kasihkan dia.
jadikanalah setiap insan yang menjaga ainin sabar dengan kerenahnya, sebagaimana kami sabar dengannya.
jadikanlah setiap yang bersama dengannya, berlaku ihsan terhadapnya,sebagaimana kami berlaku ihsan dengannya.

Rabbi,
jauhkanlah ainin dari yang buruk.
jadikanlah ainin anak yang solehah.
jadikan dia terjaga dari segala sifat jahiliyah.

Rabbi,
sampaikanlah kasih sayangMu kepada ainin, tatkala kasih sayang kami tak sampai padanya.
sampaikanlah penjagaanMu kepada ainin, tatkala penjagaan kami padanya.
sungguh.kami sangat menyayanginya.

with love, maksu.

gian.

assalamualaikum semua.
lama dah rasanya tak post something.i mean yang betul saya tulis ek?.banyak benda yang berlaku disekeliling ni yang ingin dikongsi bersama.tapi apakan daya.tidak punya cukup masa untuk type cerita2.hmm.

baru baru ni punya semalam yang agak dulu dulu punya la kan, saya ada mengikuti Kem ape tah nama dia.kem jati diri kut.anjuran kolej.dan saya wajib menyertainya sebagai peserta fasa pertaman.hmm..bila pergi bercamping ni, buat saya tersangat sangat yang amat rindu pada kem kem yang pernah saya pergi sebelum ini.sama ada bersama keluarga terchenta, sahabat handai, sekolah dan juga kebangsaan.

kem yang saya lalui kali ini di kolej.mmg sgt berbeza modul dan pengisiannya dgn apa yang pernah saya lalui dulu dulu(dulu la sgt). mcm biasa, ada pro dan cons nya.yang buat saya geli hati nak gelak tergolek golek atas katil ialah, lokasi camping nya adalah di belakang kolej.teringat waktu camping time darjah 4 dulu.hehe.

kalu anda nak tahu, kat belakang komsas kediaman(masih lagi dalam kawasan kolej) ada satu padang golf yang luaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas dan menghijau.sedikit beralun keadaan geografinya.dan mmg luas.walau macam mana pun, lokasinya tetapi best.hmm..

yang bestnya fasal camping ni, walaupun kem komandan kata tak boleh masuk bilik time camping, tapi nak buat cemana, dah bilik ada depan mata,takkan tak nak masuk.kadang2 tu siap boleh take a nap lagi sat.haha.

xtvt dia pun best.tapi takda langsung xtvt pengisian jiwa kecuali tazkirah maghrib.hmm.ada berbasikal keliling bendang, explorase, berkayak kat tasek kolej n macam2 lagi.tapi kebanyakan game nya mmg saya tak pernah main.so, mungkin game2 tu nanti boleh kita jadikan modul kita pulak nanti kan? tapi yang kurang bestnya, macam biasalah.champo girls n boys.hmm.tapi selagi kita jaga syara', no hal je.tak gitu?

hmm.bila dah gi camping ni, saya rasa rindu sangat nak kembali ke zaman sekolah dulu2.(sedar tak sedar dah setahun saya tinggalkan alam persekolahan).kawad kaki, orientaring, gadjet, n so onn..hmm.mmg best.agak2nya dah berapa kali saya pergi ke kem sepanjang hidup ni ek?jom kite kire sat.

1.mendaki gunung tahan 9 thn.
2.mukhayyam muayyid muayyidah 10 thn.
3.kem pengawas di kem wawasan 10 thn.
4.mukhayyam amil amilah 11 thn.
5.kem pengawas di kem ulu tiram 11 thn.
6.mukhayyam mujahid mujahidah 12 thn.
7.kem pengawas di kem cemerlang 12 thn.
8.jamboori kebangsaan di perak 12 thn.
9.perkemahan remaja haluan di mersing 13 thn.
10.mukhayyam di utm 13 thn.
11.mukhayyam di perigi acheh 14 thn.
12.kursus kenaikan pangkat di perak 14 thn.
13.mendaki gunung ledang(tawan puncak) 14 thn.
14.fasilitator mukhayyam amil amilah di utm 14 thn.
15.kem remaja haluan di simpang renggam 14 thn.
16.mukhayyam di kem kaizen 15 thn.
17.kem pewaris kebangsaan di sg chongkak hulu langat 16 thn.
18.mukhayyam di gunung berlumut 16 thn.
19.kursus kenaikan pangkat di perak 16 tahun.
20.melaksanakan mukhayyam form 1 di teluk ramunia 16 thn.
21.urusetia jamboori kebangsaan di pahang 16 thn.
22.mukhayyam di tak engt 17 thn.
23.kursus kenaikan pangkat di jeram selangor 17 thn.
24.mendaki gunung tahan(menawan puncak!) 17 thn.
25.kem pewaris kebangsaan di pulau pinang 17 thn.
26.kem remaja haluan di simpang renggam 17 thn.
27.fasilitator kem aulad haluan di simpang renggam 17 thn.
28.akhir sekali setakan ini, kem waja diri di KMP.18 thn.haha

ada yang tertinggal tak? alhamdulillah, kem2 inilah yang membentuk diri ini menjadi seorang yang boleh la nak dikatakan indipendent, tak manja(huh?) n menjadi kental sedikit.huhu.
harap2 akan ada lagi kem kem yang ke 29,30 n so onn ek.mmg rindu , gian sgt ni nak berkamping.nak masak kat hutan, nak wat gadjet, nak tambah ilmu...

so.meh nak sharing gambo sikit meh.

jambori 03

jambori 03 - gua musang perak

srih juara keseluruhan.alhamdulillah


jambori 07 urusetia


rakan2 urusetia


pemandangan di kem

pertandingan kawad kaki

pelaksana kem form 1 07 teluk ramunia


chantek kan?

kem kom bagi taklimat kut

sejenak atas bukit.hehe

rasanye stakat ni dulu perkongsian kita ek.lain masa kita sambong lagi gambo2 ni.ada baaaaanyak kerja nak diberehkan ni.moga Allah redha dengan kita semua.ok.Wassalam!

baru.


salam Maal Hijrah yang ke 1431
mari menghayati kisah hijrah rasulullah dan ibrah yang boleh diperoleh
tahun baru dengan azam baru
"kullu 'am wa antum bikhair"

program mahasiswa rabbani



jom sahabatsahibah HALUANSiswa Zon Utara.kita pakat pi ramai2 na.